Saturday 27 August 2011

0
cawan komen
OPENING KEDAI KOPI

Sempena pembukaan kedai kopi ni,tiada apa yang saya tawarkan.Tiada promosi.Maklumlah,sembang di kedai kopi online.Jadi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini eloklah saya  mengucapkan selamat hari raya Aidlifitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia.Sesungguhnya kemerdekaan ini akan berpanjangan sekiranya masyarakat Malaysia bersatu padu dan berganding bahu dalam membangunkan negara.Jadilah rakyat Malaysia yang berterima kasih dan bersyukur hidup di bumi bertuah ini.Semoga Malaysia sentiasa aman damai dibawah pentadbiran pemimpin-pemimpin negara.

TERTINGGAL BAS

Rasa kecewa yang teramat sangat  bila tertinggal bas.Sepatutnya saya balik pukul 2.30 petang ini tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,terlepas bas KKKL.Nampaknya terpaksalah saya delay tiket bas dan mungkin akan pulang ke kampung pada malam ini

PERSIAPAN RAYA

Sejujurnya,tiada persiapan raya yang saya buat.Ini kerana saya cuma berpeluang untuk beraya selama 2 hari sahaja.Biasalah,bila dah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelajar-pelajar baru Universiti Malaya sesi 2011/2012,redha dengan apa jua tugasan yang bakal diberi.Saya puji semangat rakan-rakan saya yang berada dalam organisasi Pembantu Mahasiswa Sentral 2011/2012 yang bakal pulang seawal 1hb.Biasalah,bila duduk jauh dan terpaksa pulang awal.Sabar ya wahai sahabat-sahabat,jika bukan kita,siapa lagi.

Tentu ramai diantara kita yang telah pun membuat persiapan awal sempena Aidilfitri.Baju baru,langsir baru,perabot baru,dan segala-galanya baru.Pendek kata,biarlah bersederhana mengikut kemampuan masing-masing.Jangan disebabkan raya,kita berhutang keliling pinggang.Kelak akan menimbulkan masalah selepas raya.Saya sendiri belum lagi membuat apa-apa persiapan menjelang raya.Baju Melayu pun belum dibeli.Mungkin akan dibeli sebaik sahaja pulang ke Johor Bahru.Saya merancang untuk menggunakan coklat sebagai warna tema untuk tahun ini.Sekian sahaja kata-kata aluan pembukaan kedai kopi moden.Sempena Ramadhan ini,eloklah kita memperbanyak amal ibadat dan semoga amalan kita diredhaiNya





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment