Saturday 27 August 2011

0
cawan komen
TRADISI KAD RAYA SEMAKIN DILUPAKAN

Melangkah ke dunia globalisasi ini membuatkan masyarakt kita sering mengambil jalan yang singkat dalam membuat sesuatu perkara.Ini termasuklah sempena hari raya dimana tradisi kad raya semakin dilupakan.Kalau sekitar tahun 1990 an,tradisi ini masih lagi dipraktikkan,namun menjelang tahun 2000,sejak berkembangnya penggunaan internet,tradisi ini sedikit demi sedikit terhakis.

Saya secara peribadinya pernah menerima kad raya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah.Namun selepas melangkah ke alam universiti,saya cuma menerima kad raya elektronik.Ini termasuk aplikasi-aplikasi dalam Facebook yang membolehkan kita mengucapkan selamat hari raya kepada teman-teman.Tidak kurang juga ramai yang membuat kad raya versi sendiri dengan menggunakan Adobe Photoshop.

TERASA KEKURANGAN

Dalam keghairahan kita dalam dunia di hujung jari,kita tidak sepatutnya melupakan tradisi yang saya kira sebagai 'memorable'.Menerima kad raya  di tangan adalah kenangan yang saya rasa tidak dapat dilupakan seumur hidup.Kebiasaannya,selepas menerima kad raya ini,masyarakat kita akn menggantungnya di  dinding rumah sebagai hiasan dan para tetamu yang datang beraya pasti akan tertarik dan turut membelek kad raya yang digantung.Ada yang memuji,tak kurang juga terseyum sinis jika kad itu tertulis ayat yang manis daripada kekasih hati.

TRADISI JANGAN DILUPAKAN

Ramai yang memberi alasan,kekangan masa merupakan salah satu faktor yang penting yang membuatkan mereka menghantar kad raya secara online.Saya turut bersetuju dengan sebab tersebut.Tidak kurang juga berkira mengenai kos penghantaran.Namun begitu,saranan saya agar cuba melapangkan masa yang ada dengan mengutus kad raya kepada ibubapa,sanak saudara dan sahabat handai.Tidak rugi untuk mengeluarkan sedikit kos asalkan hubungan yang erat dan berpanjangan dapat terjalin.Menerima kad raya secara online adalah tidak sama dengan menerima kad raya melalui pos kerana 'sentuhan tangan' itu yang membuatkan memori anda bersama individu terbabit akan sentiasa segar.Tulisan tangan,contengan,serta tandatangan yang saya kira tidak dapat diterjemahkan melalui kad raya online.

SERING BERTEMU DI LAMAN SOSIAL

Tentu ramai antara kita yang selalu 'bertemu' di laman sosial seperti facebook dan twitter dan pada saya jika perkara ini diteruskan juga dengan mengutus kad raya di dalam laman-laman sosial ini,hilang seri atau keunikan dalam menyambut hari raya.Itu dikira bernasib baik kerana belum ada aplikasi yang membolehkan kita mengunjungi rumah ke rumah secara online.Jika ada,saya percaya tentu ada juga yang menggunakan aplikasi ini.Saranan saya,keluarlah dari kepompong alam maya dan bersosial dengan masyarakat anda.Utuslah kad raya sebenar walaupun cuma kepada seorang (pastinya orang tersayang)

KENANGAN MEMBUAT KAD RAYA

Ketika sekolah rendah,saya mempunyai satu kenangan dimana membuat kad raya dengan menggunakan manila kad.Yang lebih melucukan lagi,kad raya tersebut dihantar  ke rumah rakan yang berhampiran dengan memberi sendiri kepada mereka.Alahai,manisnya zaman kanak-kanak.Tapi apa yang saya pasti,ini merupakan trend di sekolah saya.Saya tidak pasti samada kanak-kanak zaman sekarang ada atau tidak membuat tindakan seperti saya dan rakan-rakan.

RINDU UNTUK MENERIMA KAD RAYA SEBENAR

Sudah sekian lama tidak menerima kad raya,teringin pula ingin menerimanya semula.Jadi pada sesiapa yang berkesudian untuk mengirim kad raya,bolehlah berbuat demikian dengan menghantarnya ke alamat No 10,Jalan Delima 5/22 Taman Delima 2,81100 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.Sekian sahaja sembang di kedai kopi saya pada  kali ini.Semoga Ramadhan yang tinggal dapat memberi manfaat kepada seluruh pembaca sekalian.Amin

P/S : Cuma mampu mengirim tidak lebih daripada 5 kad raya :)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1
cawan komen
NURUL BAHIAH : MERDEKA

m e r d e k a :: teguhnya saf perjuangan
m e r d e k a :: terlerainya ikatan penyeksaan
m e r d e k a :: amannya musafir di persinggahan
m e r d e k a :: lenanya si anak dibuaian
m e r d e k a :: tenangnya si ibu memikirkan
m e r d e k a :: gembiranya si ayah berkeringat

m e r d e k a :: tika bendera itu tidak lagi betah berkibar lantas memberi laluan tanda akur kepada yang hak.. tentera zalim mengundur tepaku lesu tidak bersuara secara lahiriah.. perjuangan yang hak makin menapak , terpampang di muka keadilahan... Allah memberi petunujuk.. jalan .. pemudah cara bagi mereka yang yakin , sabar dan terus berusaha... tiada lagi rasa gentar , semangat merah menyala... membara disegenap jiwa ..

percaturan diatur.. membela nasib generasi Y kehadapan.. tiada lagi x tiada lagi w mahupun v.

tika di tusuk tajamnya pisau, di seksa bagai jasad tidak bernyawa.. di tendang di herdik di ludah... harga diri tetap teguh mempertahankan.. tidak pernah goyah walau di layan seperti kucing jalanan.. monyet kampungan .. kambing tambatan.. lembu tunggangan... semuanya diluar kotak pemikiran .. tika buih sabun menjadi suapan hingga nafas terakhir hanya nikmat kalimat Allah yang menjadi sandaran...

tika itu tiada jasad bernyawa yang mampu menepis.. semuanya jadi konyol.. tamparan monolog jadi igauan.. hanya mampu bkata kata tiada bunyi pd zahirnya...

hanya mampu melihat dan melihat ... dalam kurungan tiada lagi ubi panas
hanya menunggu saat pergi...

saat diraihnya kini, kita jadi lupa

merdeka tidak lagi itu itu dan itu...
tapi merdeka ini , ini dan ini...

m e r d e k a : teguhnya kaki kaki anak muda melangkah melaungkan suara kemerdekaan
m e r d e k a : terlerainya ikatan sumbang mahram
m e r d e k a : musafir hanya mampu melihat
m e r d e k a : teriak si anak tidak kedengaran
m e r d e k a : emosi si ibu tak keruan
m e r d e k a : habuan lain si ayah jejak

tika berlakunya ini ini dan ini...
tidak kira siapa kau , aku , mereka, dia dan kamu
masing masing sibuk menunding jari mencari salah yang lain.. alpha.. sombong.. pekak ...
tidak pernah menyoal diri .. tidak pernah mengambil peluang untuk mengetuk hati bertanyakan khabar diri ... salah diri.. buruknya diri.. kelemahan nya diri.. malang sekali nak melihat cermin pun tidak sempat .. kerana sibuk memberi cermin kepada yang lain..

sibuk membersihkan kotoran diwajah yang lain sedangkan kotoran dikaki sendiri tidak pernah dibersihkan... itulah bila mana manusia berjalan tidak melihat bumi , tangan di dada mata keatas... selalu selalu dan selalu...

ayuh, masih belum terlewat untuk kita mengubah , tanya hati, tidak perlu menjadi pak turut cukup nawaitu pada hati , perbetulkan.. tidak perlu gusar dengan tindakan .. luruskan , jadikannya tujuan utama dalam menjadikan ia satu makna yang bermakna.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0
cawan komen
OPENING KEDAI KOPI

Sempena pembukaan kedai kopi ni,tiada apa yang saya tawarkan.Tiada promosi.Maklumlah,sembang di kedai kopi online.Jadi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini eloklah saya  mengucapkan selamat hari raya Aidlifitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia.Sesungguhnya kemerdekaan ini akan berpanjangan sekiranya masyarakat Malaysia bersatu padu dan berganding bahu dalam membangunkan negara.Jadilah rakyat Malaysia yang berterima kasih dan bersyukur hidup di bumi bertuah ini.Semoga Malaysia sentiasa aman damai dibawah pentadbiran pemimpin-pemimpin negara.

TERTINGGAL BAS

Rasa kecewa yang teramat sangat  bila tertinggal bas.Sepatutnya saya balik pukul 2.30 petang ini tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,terlepas bas KKKL.Nampaknya terpaksalah saya delay tiket bas dan mungkin akan pulang ke kampung pada malam ini

PERSIAPAN RAYA

Sejujurnya,tiada persiapan raya yang saya buat.Ini kerana saya cuma berpeluang untuk beraya selama 2 hari sahaja.Biasalah,bila dah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelajar-pelajar baru Universiti Malaya sesi 2011/2012,redha dengan apa jua tugasan yang bakal diberi.Saya puji semangat rakan-rakan saya yang berada dalam organisasi Pembantu Mahasiswa Sentral 2011/2012 yang bakal pulang seawal 1hb.Biasalah,bila duduk jauh dan terpaksa pulang awal.Sabar ya wahai sahabat-sahabat,jika bukan kita,siapa lagi.

Tentu ramai diantara kita yang telah pun membuat persiapan awal sempena Aidilfitri.Baju baru,langsir baru,perabot baru,dan segala-galanya baru.Pendek kata,biarlah bersederhana mengikut kemampuan masing-masing.Jangan disebabkan raya,kita berhutang keliling pinggang.Kelak akan menimbulkan masalah selepas raya.Saya sendiri belum lagi membuat apa-apa persiapan menjelang raya.Baju Melayu pun belum dibeli.Mungkin akan dibeli sebaik sahaja pulang ke Johor Bahru.Saya merancang untuk menggunakan coklat sebagai warna tema untuk tahun ini.Sekian sahaja kata-kata aluan pembukaan kedai kopi moden.Sempena Ramadhan ini,eloklah kita memperbanyak amal ibadat dan semoga amalan kita diredhaiNya





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed