Saturday 27 August 2011

0
cawan komen
TRADISI KAD RAYA SEMAKIN DILUPAKAN

Melangkah ke dunia globalisasi ini membuatkan masyarakt kita sering mengambil jalan yang singkat dalam membuat sesuatu perkara.Ini termasuklah sempena hari raya dimana tradisi kad raya semakin dilupakan.Kalau sekitar tahun 1990 an,tradisi ini masih lagi dipraktikkan,namun menjelang tahun 2000,sejak berkembangnya penggunaan internet,tradisi ini sedikit demi sedikit terhakis.

Saya secara peribadinya pernah menerima kad raya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah.Namun selepas melangkah ke alam universiti,saya cuma menerima kad raya elektronik.Ini termasuk aplikasi-aplikasi dalam Facebook yang membolehkan kita mengucapkan selamat hari raya kepada teman-teman.Tidak kurang juga ramai yang membuat kad raya versi sendiri dengan menggunakan Adobe Photoshop.

TERASA KEKURANGAN

Dalam keghairahan kita dalam dunia di hujung jari,kita tidak sepatutnya melupakan tradisi yang saya kira sebagai 'memorable'.Menerima kad raya  di tangan adalah kenangan yang saya rasa tidak dapat dilupakan seumur hidup.Kebiasaannya,selepas menerima kad raya ini,masyarakat kita akn menggantungnya di  dinding rumah sebagai hiasan dan para tetamu yang datang beraya pasti akan tertarik dan turut membelek kad raya yang digantung.Ada yang memuji,tak kurang juga terseyum sinis jika kad itu tertulis ayat yang manis daripada kekasih hati.

TRADISI JANGAN DILUPAKAN

Ramai yang memberi alasan,kekangan masa merupakan salah satu faktor yang penting yang membuatkan mereka menghantar kad raya secara online.Saya turut bersetuju dengan sebab tersebut.Tidak kurang juga berkira mengenai kos penghantaran.Namun begitu,saranan saya agar cuba melapangkan masa yang ada dengan mengutus kad raya kepada ibubapa,sanak saudara dan sahabat handai.Tidak rugi untuk mengeluarkan sedikit kos asalkan hubungan yang erat dan berpanjangan dapat terjalin.Menerima kad raya secara online adalah tidak sama dengan menerima kad raya melalui pos kerana 'sentuhan tangan' itu yang membuatkan memori anda bersama individu terbabit akan sentiasa segar.Tulisan tangan,contengan,serta tandatangan yang saya kira tidak dapat diterjemahkan melalui kad raya online.

SERING BERTEMU DI LAMAN SOSIAL

Tentu ramai antara kita yang selalu 'bertemu' di laman sosial seperti facebook dan twitter dan pada saya jika perkara ini diteruskan juga dengan mengutus kad raya di dalam laman-laman sosial ini,hilang seri atau keunikan dalam menyambut hari raya.Itu dikira bernasib baik kerana belum ada aplikasi yang membolehkan kita mengunjungi rumah ke rumah secara online.Jika ada,saya percaya tentu ada juga yang menggunakan aplikasi ini.Saranan saya,keluarlah dari kepompong alam maya dan bersosial dengan masyarakat anda.Utuslah kad raya sebenar walaupun cuma kepada seorang (pastinya orang tersayang)

KENANGAN MEMBUAT KAD RAYA

Ketika sekolah rendah,saya mempunyai satu kenangan dimana membuat kad raya dengan menggunakan manila kad.Yang lebih melucukan lagi,kad raya tersebut dihantar  ke rumah rakan yang berhampiran dengan memberi sendiri kepada mereka.Alahai,manisnya zaman kanak-kanak.Tapi apa yang saya pasti,ini merupakan trend di sekolah saya.Saya tidak pasti samada kanak-kanak zaman sekarang ada atau tidak membuat tindakan seperti saya dan rakan-rakan.

RINDU UNTUK MENERIMA KAD RAYA SEBENAR

Sudah sekian lama tidak menerima kad raya,teringin pula ingin menerimanya semula.Jadi pada sesiapa yang berkesudian untuk mengirim kad raya,bolehlah berbuat demikian dengan menghantarnya ke alamat No 10,Jalan Delima 5/22 Taman Delima 2,81100 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.Sekian sahaja sembang di kedai kopi saya pada  kali ini.Semoga Ramadhan yang tinggal dapat memberi manfaat kepada seluruh pembaca sekalian.Amin

P/S : Cuma mampu mengirim tidak lebih daripada 5 kad raya :)






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment